Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KISAH ACP TUAN NIK EZANEE BERI IMPAK POSITIF KEPADA MASYARAKAT

#PolisDanMasyarakatBerpisahTiada

Kuala Lumpur, 31 Januari 2021 - Jika ditaip nama ACP Tuan Nik Ezanee Mohd Faisal di enjin carian Google, pastinya menemui pelbagai kisah teladan dilakukan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya itu.

Kebanyakan membabitkan usaha beliau merapatkan lagi hubungan antara pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat.

Kisah Tuan Nik Ezanee membantu seorang suri rumah yang ditahan selepas gagal membayar barangan makanan dan ubat bernilai RM58 di sebuah pasar raya 20 Januari lalu, sangat menyentuh perasaan umum.

Beliau yang ditemui BH dalam temu bual khas baru-baru ini berkata, perbuatan mencuri adalah satu jenayah, tetapi untuk menghukum satu keluarga miskin dan kelaparan juga satu perkara yang tidak betul.

Bapa kepada seorang anak itu berkata, tujuannya berjumpa wanita terbabit adalah untuk memberitahu dan menasihatinya supaya tidak mengulangi perlakuan jenayah yang dilakukan.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian di lampiran.

Sumber: Berita Harian Online

Image may contain: 2 people, people standing, text that says '(Foto hsan inkedin Fathiha ohan) Keprihatinan Vik Ezanee terhadap komuniti tidak mengira usia. Kisah Nik Ezanee beri impak positif IPD Petaling Jaya, lembaga zakat rancang kerjasama kenal pasti asnaf Safeek, Affendy bhnews@ Saya lihat ada perbezaan pendapat pertama pendapat beritahu mem- keputusan menutup tindakan Asisten dan ketika susah. Ezanee Ketua Daerah Petaling Jaya biarpun berde- menga- Pe Sokiranyn Kawalan Ezanee mengambil memberi berkata, tujuannya berjumpa perbuatan menyalahi masyara-'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS