Kuala Lumpur, 24 Februari 2021 – Kumpulan penggodam 'Anonymous Malaysia' yang menggodam sistem komputer kerajaan didapati memiliki latar belakang pendidikan teknologi maklumat (IT).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, CP Dato’ Zainuddin Yaacob berkata, pihaknya mendapati majoriti daripada 11 suspek yang ditahan minggu lalu itu mempunyai tahap pendidikan tinggi dalam bidang IT termasuk ijazah sarjana.
"Siasatan masih dijalankan dan kemungkinan tindakan kumpulan itu menggodam adalah mahu menunjukkan kemahiran mereka menceroboh maklumat selain pengaruh rakan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Menara KPJ di sini, pada Isnin.
Beliau berkata, setakat ini tiada tangkapan baharu dan kesemua suspek yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Sinar Harian di lampiran.
Sumber: Sinar Harian