Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN - REMAJA BAWAH UMUR DIREKRUT JADI GENGSTER


Petaling Jaya, 25 Februari 2021 - Golongan remaja termasuk yang masih bawah umur dikenal pasti antara sasaran geng gengster untuk direkrut bagi menyertai kumpulan itu bagi menjalankan aktiviti jenayah termasuk pengedaran dadah.

Bukan itu sahaja, kumpulan gengster di negara ini juga turut dikesan terlibat dalam pergaduhan antara kumpulan selain melakukan ugutan jenayah dan pemerasan di tapak projek, premis serta kawalan keselamatan demi mencapai kepuasan dan matlamat mereka.

Paling membimbangkan, ada juga kumpulan gengster dikesan sanggup bertindak di luar batasan apabila berani terlibat dalam kes bunuh.

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, terdapat dua kategori geng gengster yang dikesan aktif bertapak di negara ini iaitu kumpulan kongsi gelap (secret society) dan samseng tempatan (thuggangs atau hooligan).

Yang mana, kata beliau, bagi kumpulan kongsi gelap, keahlian mereka adalah kecil selain tiada cawangan dan hanya diwujudkan di sesuatu kawasan sahaja serta tiada hubungan antara daerah dengan kawasan lain.

Malah, kata beliau, kumpulan ini juga tiada pemilihan ketua cawangan dan ahli jawatankuasa seperti Geng 21, Geng 18 serta lain-lain lagi yang dikenal pasti.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Utusan Malaysia di lampiran.


May be an image of text that says 'Terlibat kes pengedaran dadah, rusuhan Remaja bawah umur direkrut jadi 49 kumpulan pertubuhan telah diwartakan 1966 oleh OlehMASZUREENHADZMAN New Double7 JAYA: ahli 36. yang turut ialah kes bawah sahaja, Badut Malaysia HongHongSan Station aa edEMP Ngau Chicago gelap kumpulan, diwartakans kepada Malaysta Menteri tana negara Woh Geng AMo KEEPERS @ (Sandakan) Lahad Datu) kumpulan juga tiada pemilihan meningkat terus pengedaran dadah dan engan rusuhan khususnya kongsı semua perang terhadap kong- gelap.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS