Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 POSTING PILIHAN: PERAK SEDIA EMPAT PUSAT SIMPANAN VAKSIN COVID-19


Ipoh, 25 Februari 2021 - Vaksin COVID-19 yang tiba di sini, semalam telah ditempatkan di empat pusat simpanan vaksin yang dikawal ketat.

Ketua Polis Perak, CP Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid berkata, pusat simpanan itu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB); Hospital Taiping (HT); Hospital Angkatan Tentera (HAT) Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut dan Hospital Teluk Intan.

Katanya, vaksin dihantar menerusi DHL Express (Malaysia) Sdn Bhd (DHL) dari Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 10 pagi dan tiba di HT pada 11.45 pagi, diikuti HAT TLDM pada 12.15 tengah hari, semalam.

"Kawalan di setiap pusat penyimpanan adalah di bawah penugasan Ibu Pejabat Daerah (IPD) masing-masing," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dalam pada itu, Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash berkata, pihaknya sudah mengemukakan 3,000 nama pegawai dan anggotanya untuk menerima suntikan vaksin fasa pertama bermula 1 Mac.

Bacaan lanjut seperti di pautan beriktut, https://www.hmetro.com.my/.../perak-sedia-empat-pusat...

Sumber:
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS