Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: IBU BAPA TIDAK PERLU SURAT POLIS HANTAR ANAK KE ASRAMA

Kuala Lumpur, 26 Februari 2021 - Ibu bapa yang mahu menghantar anak mereka pulang ke asrama hanya perlu mengemuka surat dikeluarkan oleh sekolah kepada anggota polis ketika melalui Sekatan Jalan Raya (SJR), bagi merentas daerah dan negeri.

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Teknikal yang bersetuju memberikan kelonggaran kepada ibu bapa untuk berbuat demikian. Beliau berkata, ibu bapa tidak perlu lagi memohon surat kebenaran daripada polis.

"Mesyuarat Teknikal setuju beri kelonggaran kepada ibu bapa untuk rentas negeri bagi hantar anak ke sekolah atau asrama, bagi sesi persekolahan yang akan bermula pada 1 Mac 2021.

"Mesyuarat juga setuju ibu bapa yang hantar anak mereka tidak perlu lagi mendapatkan surat kebenaran polis, namun hanya perlu tunjuk surat dikeluarkan sekolah ketika melalui SJR.

"Perkara ini sudah dibincangkan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan saya baru bercakap dengan pegawai tertinggi PDRM bahawa perkara ini dimaklumkan polis di setiap daerah seluruh negara.

Dengan kelonggaran itu, Dato’ Sri Ismail Sabri berharap tidak akan timbul isu membabitkan ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka di luar daerah ketika perlu melalui sekatan jalan raya.

"Saya jangka tak ada isu di kawasan atau SJR apabila ibu bapa hantar anak mereka pulang ke sekolah," katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian di lampiran.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS