Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: SEBAR MAKLUMAT TEPAT BANTU JAYAKAN VAKSINASI

Putrajaya, 27 Februari 2021 - Rakyat Malaysia perlu membantu kerajaan menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan menyampaikan maklumat yang tepat mengenai vaksin COVID-19 kepada anggota keluarga dan masyarakat.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata pengambilan suntikan vaksin COVID-19 adalah harus dan wajib bagi golongan ditetapkan kerajaan seperti dijelaskan Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.

Katanya, Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin juga diberi suntikan dos pertama vaksin COVID-19 sebagai bukti kepada rakyat vaksin itu selamat digunakan.
"Jauhi perkongsian maklumat yang diragui terutama dalam media sosial. Berikan kerjasama kepada usaha pemberian vaksin supaya dapat berjalan lancar.

"Di samping itu, mari berdoa semoga kita beroleh kejayaan dalam perjuangan menentang serta menghapuskan penularan COVID-19 di negara ini," katanya semalam.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilaksanakan dalam tiga fasa bermula kelmarin.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian di lampiran.


May be an image of one or more people, people standing and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS