Integriti merupakan satu nilai yang penting bagi sesebuah organisasi dalam mencorakkan budaya kerja, supaya lebih berkualiti dan unggul dalam sistem penyampaian perkhidmatan.
Situasi ini juga tidak terkecuali kepada sektor perkhidmatan awam terutamanya dalam agensi penguatkuasaan undang-undang negara seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang telah berusaha untuk meningkat dan memantapkan nilai integriti dalam kalangan warganya demi memenuhi tuntutan masyarakat dan negara.
Ikuti kupasan topik berkenaan 'Semangat Berani, Integriti Warga Polis' menerusi rencana yang ditulis penganalisis pertahanan, Encik Zaki Salleh yang mengupas kisah integriti dan keberanian yang dipamerkan oleh beberapa pegawai rendah polis.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Sinar Harian di lampiran.