Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: RAMPASAN ROKOK SELUDUP TERBESAR DALAM SEJARAH, HASIL RISIKAN PPM SELAMA LEBIH SEBULAN

Kuala Lumpur, 12 Mac 2021 - Rampasan 70 juta batang rokok bernilai RM52 juta yang cuba diseludup kartel rokok antarabangsa ke negara ini menggunakan kapal kargo di perairan Pulau Kukup, Pontian, Isnin lalu adalah hasil risikan lebih sebulan.

Pegawai dan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) yang terbabit sebaik mendapat maklumat kegiatan itu terpaksa berpanas, bermalam dan 'berkampung' sekitar perairan negara bagi menjayakan operasi.

Ini disaksikan sendiri wartawan yang melihat komitmen jitu, perancangan rapi dan atur gerak PPM demi memastikan perairan negara tidak dibolosi selain bertujuan memastikan hasil cukai negara tidak 'dilarikan' kartel rokok antarabangsa itu.

Kejayaan terbesar dalam sejarah Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahupun mana-mana agensi penguatkuasaan lain berkaitan di Malaysia membabitkan rampasan rokok seludup itu nyata membuka mata ramai pihak.

Malah, rampasan itu pasti 'menggoncangkan' kartel penyeludupan yang kini kepanasan akibat kejayaan PPM itu.

Berkongsi kisah kejayaan itu, Komander PPM Bukit Aman, SAC Tuan Haji Mohd Yusoff Mamat berkata, rampasan dilakukan hasil perancangan rapi pegawai, anggota PPM yang berkerja keras lebih sebulan untuk mengumpul maklumat risikan dan memantau pergerakan sindiket.

"Kita ada cabaran tersendiri apabila sindiket menggunakan kapal kargo yang berada di perairan antarabangsa sebelum barangan haram iaitu rokok seludup dipercayai dari Batam, Indonesia dan Vietnam itu diangkut menggunakan bot nelayan.

"Kita (PPM) tidak boleh buat tangkapan atau tahan kapal kargo di luar perairan Malaysia. Hendak pantau pergerakan kapal kargo ini yang sentiasa bergerak di kawasan ini (perairan antarabangsa) adalah cabaran utama," katanya.

Menurutnya, pihaknya berjaya memintas kapal didaftarkan di Mongolia itu kedudukan kira-kira 2.9 batu nautika barat daya Pulau Kukup, Pontian.

"Sebaik memastikan kapal kargo ini memasuki perairan negara, kita terus serbu dan tahan kru kapal," katanya.

SAC Tuan Mohd Yusoff berkata, siasatan lanjut mendapati kartel penyeludupan rokok antarabangsa ini mengubah suai kargo kapal tangki itu bagi mengisi atau menyembunyikan pelbagai rokok putih dan kretek.

Katanya, semua kru kapal kargo itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(i)(a) Akta Kastam 1967.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Harian Metro di lampiran.

Sumber: Harian Metro

May be an image of text that says 'Pulgu Pinang RAMPASAN ROKOK SELUDUP Risikan selama lebih sebulan Oleh Skuad Khas Kejayaan terbesar dalam angkut menggunakan bot ey Rampasan rokok seludup erbesar dalam sejarah Malaysia Modus operandi penyeludupan rokok Kuala umpur PERAK tiba Perak ampasan juta diseludup kargo tahan pergerakan pantau antara nelayan tempatan kapal kphorbohn SINGAPURA BATAM argo dan Malaysia S kargo bertolak ke Perak mendarat harangan Vietnam mata dibawa ,Indonesia berkuasa. pegawai, anggota tiga ronda katanya menjelaskan, Metre Peiahat Covid- semua Pontian kapal 1967-'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS