Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] HARI POLIS KE-214: HARGAI JASA, PENGORBANAN PDRM TUNAI TANGGUNGJAWAB

Institusi kepolisan yang digerakkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, memiliki latar sejarah panjang yang perlu difahami masyarakat.

Tanpa kefahaman sebenar ini, masyarakat boleh dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja mencari kesalahan pasukan keselamatan itu sebagai modal untuk menghina dan memperlekehkan institusi terbabit.

Hakikatnya, institusi polis jika dilihat dari sudut sejarah, sudah ditubuhkan sejak zaman Kerajaan Hindu Majapahit, Empayar Buddha Srivijaya dan Kerajaan Melaka.

Walaupun tidak banyak sumber rekod rasmi dicatatkan ketika pemerintahan Kesultanan Melayu, sejarah menunjukan bukti kewujudan Temenggung sebagai penjaga keamanan dan keselamatan kerajaan Melaka yang dianggap sebagai sistem kepolisan awal kerajaan Melayu di Nusantara.

Evolusi perkembangan institusi polis di negara ini pula dilihat menjadi pesat ketika pemerintahan British di Tanah Melayu.

British memperkenalkan Charter of Justice di Pulau Pinang pada 25 Mac 1807 dengan memisahkan kuasa perundangan dan kehakiman, sekali gus menjadikan institusi polis sebagai badan bertanggungjawab terhadap keamanan.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian.

May be an image of 1 person, standing and text that says 'MukaSepuluh Amer Fawwaz rsitsT Mohamad Yasid Hargai jasa, pengorbanan PDRM tunai tanggungjawab erbesarkan. ba- Pensyarah abatan Pengajian engurusan Pertahanan Nasional'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS