Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: REMAJA PEREMPUAN PALING RAMAI LARI DARI RUMAH

Petaling Jaya, 28 Mac 2021 - Dalam tempoh tiga tahun sejak 1 Januari 2018 hingga 31 Januari tahun ini, secara purata seramai tiga remaja melarikan diri dari rumah setiap hari, antaranya berpunca daripada keinginan untuk hidup bebas dan mengikut pasangan kekasih.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Sistem Laporan Polis telah menerima 3,450 kes remaja melarikan diri dari rumah sepanjang tempoh itu dan kebanyakannya berusia antara 13 hingga 18 tahun.

Lebih mengejutkan apabila kira-kira 70 peratus atau 2,393 kes daripada jumlah tersebut membabitkan remaja perempuan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Puan Siti Kamsiah Hassan berkata, sebanyak 1,719 daripada 3,450 kes remaja lari dari rumah disebabkan mahu hidup bebas dari kongkongan keluarga atau penjaga.

Menurutnya, sebanyak 895 kes lagi melibatkan remaja lari ikut kekasih serta kawan-kawan dan bakinya melibatkan pelbagai punca termasuk menjadi mangsa penderaan keluarga, ingin mencari pekerjaan dan enggan tinggal bersama ibu atau bapa tiri.

“Remaja perempuan adalah individu yang paling ramai dilaporkan terlibat dalam gejala lari dari rumah iaitu 70 peratus atau 2,393 kes, manakala remaja lelaki sebanyak 1,057 kes,” katanya.

Puan Siti Kamsiah berkata, pelbagai usaha dilakukan PDRM bagi mengatasi isu tersebut seperti mewujudkan Sistem Amaran Awal Kehilangan Kanak-Kanak di bawah umur 12 tahun yang dikenali sebagai Nur Alert yang dilancarkan pada 2007.

"Menerusi sistem ini, PDRM dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan dapat mengumpul maklumat serta membantu mengenal pasti mangsa yang hilang.

"Sistem ini juga dapat membantu dalam mempercepatkan usaha mengesan mangsa yang hilang. Maklumat juga boleh disalurkan melalui portal kanak-kanak hilang di laman web rasmi PDRM," ujarnya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Kosmo di lampiran

Sumber: Kosmo Online

May be an image of 1 person, standing and text that says 'Ikut kekasih, mahu hidup bebas antara punca 3,450 kes remaja' hilang' Perempuan ramai lari dari rumah Kosmo!Ahad KONTEMPORARI SUARA Û ) keluarga. keluarga Sehari 3 remaja lari rumah'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS