Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

VIDEO PILIHAN: PGA LUMPUHKAN AKTIVITI PENYELUDUPAN BERAS BERNILAI RM2.65 JUTA

Pelabuhan Klang, 29 Mac 2021 – Sorok 26 tan beras seludup pelbagai jenis di sebalik pakaian dan peralatan sembahyang.

Itu taktik tiga lelaki bagi mengaburi mata pihak berkuasa dengan menjalankan aktiviti penyeludupan beras sejak enam bulan lalu di sekitar Lembah Klang.

Bagaimanapun taktik itu terbongkar selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah menahan dua suspek warga tempatan berusia 37 dan 38 serta seorang warganegara India berusia 26 tahun ketika intipan dijalankan di sebuah stor di Jalan Telok Gadong, Klang, Selangor, Sabtu lalu. 

Serbuan dijalankan pegawai dan anggota Batalion 4 Briged Tengah PGA Semenyih jam 12.10 tengah hari ketika tiga lelaki sedang memunggah guni berwarna putih dari sebuah kontena ke dalam sebuah lori.

Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Rizal Mohamed berkata, serbuan itu menemui sebanyak 78 guni beras, 259 kampit beras dan 60 kotak beras pelbagai jenama dipercayai diseludup dari India dengan anggaran berat 13 tan beserta sebuah kontena.

“Anggaran harga semasa rampasan beras adalah sebanyak RM584,700 dengan anggaran nilai cukai sebanyak RM762,180 dan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM1,346,880,” katanya pada sidang media di Padi Beras Nasional (Bernas) di sini hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://malaysiagazette.com/.../sorok-beras-rm2-65-juta.../

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS