Kuala Lumpur, 30 Mac 2021 - Lebih RM20.5 juta bayaran saman dijelaskan menerusi aplikasi MyBayar Saman bagi tempoh 25 Mac lalu hingga jam 12 tengah hari, semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, DCP Dato’ Azisman Alias berkata, jumlah itu membabitkan 177,511 saman yang sudah dibayar pesalah trafik.
"Pada 25 Mac lalu, 37,213 saman dijelaskan membabitkan bayaran saman berjumlah RM4.3 juta manakala 43,469 saman dijelaskan pada 26 Mac lalu membabitkan bayaran RM4.7 juta.
"Jumlah itu terus meningkat pada hari ketiga apabila 66,893 saman dijelaskan membabitkan bayaran berjumlah RM7.2 juta.
"Bagaimanapun, jumlah itu sedikit menurun kelmarin apabila 29,936 saman dijelaskan membabitkan RM3.2 juta," katanya, semalam.
"Berdasarkan pemerhatian sejak aplikasi itu dilancarkan, ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.
"Saya berharap orang ramai akan mengambil kesempatan membuat pembayaran saman melalui aplikasi ini yang turut memberikan diskaun saman sehingga 50 peratus," katanya.
Bacaan lanjut menerusi keratin akhbar terbitan Harian Metro.