Sejarah berdarah Bukit Kepong, Muar, Johor melibatkan pahlawan Sang Saka Biru menentang komunis terpahat segar dalam ingatan rakyat di negara ini.
Di sinilah tempat berdarah pejuang anak bangsa dalam mempertahankan negara.
Sehubungan itu, bagi mengenang peristiwa bersejarah tersebut, sebuah replika Balai Polis Bukit Kepong telah dibina bagi memelihara tinggalan bersejarah itu.
Menurut Pengarah Muzium Kepolisian, Superintendan Selamat Sainayune, seramai 11 anggotanya berperanan dalam memastikan pembinaan galeri itu dapat direalisasikan.
“Galeri tersebut dibina supaya rakyat terutama golongan muda dapat memperingati tragedi berdarah pada 23 Februari 1950,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Bagi masyarakat setempat yang ingin berkunjung ke Galeri Darurat Bukit Kepong boleh membuat lawatan ke alamat berikut:
Galeri Darurat Bukit Kepong,
KM 52, Jalan Muar, Bukit Kepong,
84600, Muar, Johor.
Waktu Melawat (Visiting Hours):
Selasa (Tuesday) - Ahad (Sunday)
10.00 am - 6.00 pm
Jumaat (Friday)
10.00 am - 12.30 pm
2.30 pm - 6.00 pm
Tutup (Closed): Isnin (Monday)
MASUK PERCUMA (FREE ADMISSION)
Untuk pertanyaan lanjut (Muzium PDRM):
Tel: 03-22725689
Emel: muzium@rmp.gov.my
galeridbk@rmp.gov.my
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran
Sumber:
Utusan Online