Kuala Lumpur, 31 Mac 2021 - Polis sentiasa memantau tindakan individu menyalahgunakan surat kebenaran majikan untuk merentas negeri, bagi tujuan bercuti dan berbulan madu.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman, CP Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar berkata, setakat ini, isu itu masih terkawal.
"Kita sentiasa pantau isu salah guna surat majikan untuk rentas negeri yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.
"Sebenarnya, taktik ini sudah dikesan polis sejak tahun lalu, malah sebelum ini, kita ada siasat dan ambil tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan surat kebenaran untuk rentas negeri.
"Surat itu menyatakan rentas negeri untuk urusan kerja, namun ia digunakan bagi tujuan lain," katanya kepada BH, hari ini.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN