Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KPN PUJI LANGKAH BERANI DATO' AYOB KHAN BERSIH PDRM

Kuala Lumpur, 24 April 2021 - "Tidak mustahil lebih ramai lagi pegawai kanan dan anggota polis bakal ditahan selepas ini. Tiada siapa yang kebal! (tindakan undang-undang)," ujar Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berhubung penahanan seorang pegawai kanan polis yang disyaki ada kaitan dengan kumpulan jenayah terancang diketuai ahli perniagaan buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

"Yang pasti Dato' Ayob (Ketua Polis Johor, CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay) akan menjalankan siasatan terperinci supaya tiada berlaku penganiayaan (pada anggota polis lain)," katanya.

Menurutnya, dia memuji langkah berani Dato' Ayob mengambil tindakan ke atas pegawai polis yang terpalit dengan jenayah.

"Saya difahamkan pasukan beliau bekerja keras mengumpul bukti untuk pendakwaan di mahkamah. Ini wajar dan perlu dikekalkan (integriti).

Tidak kira jawatan tinggi atau rendah. Semua anggota polis adalah tertakhluk dengan undang-undang jenayah dan tatatertib. Tiada pengecualian," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of text that says 'Lumpur Tidak lebih ramai ditahan selepas indang tindakan sebelum KPN puji langkah berani Ayob Khan bersih PDRM men- langkah berani Datuk Ayob dengan puluh individu termasuk 2012 kerana disyaki kai- adalah permulaan Difahamkan terpalit difahamkan pasu- ngasas berusia tahun Ayob akan Winner Dynasty kelmarin tangkapan Hamid berkata, Saya difahamkan pasukan Ayob bekerja keras bukti pendakwaan tinggi mahkamah. wajar dan dikekalkan (integriti)' Abdul kan maklumat dalam polis memburu Datuk juga membekukan Pertu- Integriti Nicky Liow'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS