Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: SATU KELUARGA SATU PENAGIH

Petaling Jaya, 27 April 2021 - Salah guna dadah dilihat tidak akan selesai sebaliknya terus kritikal apabila setiap keluarga di negara ini dikhuatiri bakal mempunyai seorang yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah menjelang 2029.

Kajian Institut Keselamatan Awam (IPSOM) Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Universiti Teknologi Malaysia mendapati, dalam tempoh lapan tahun akan datang, negara akan merekodkan seramai 2.5 juta penagih dengan purata penggunaan 319,400 kilogram (kg) dadah yang dianggarkan bernilai RM16 bilion.

Gejala penyalahgunaan dadah yang semakin serius itu dilakukan secara berkumpulan dengan nisbah penagih dalam komuniti kini adalah 1:7 orang bermakna jumlah sebenar penagih sudah lebih tiga juta.

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, CP Dato' Razarudin Hussain berkata, unjuran ancaman dadah itu mengambil kira situasi semasa yang dipenuhi lambakan bahan terlarang diseludup masuk selain dadah dihasilkan sindiket-sindiket tempatan.

Menurut beliau, hal tersebut terbukti dengan rampasan dan tangkapan dilakukan pegawai dan anggota JSJN di seluruh negara yang tidak nampak akan berakhir.

"Hampir setiap minggu operasi dilakukan Bukit Aman, kontinjen hingga peringkat daerah. Walaupun JSJN kekurangan perjawatan namun pegawai dan anggota saya komited mengurangkan penawaran dan permintaan dadah.

"Kita tangkap sindiket besar sekali operasi, daripada kingpin hinggalah kepada penghantar. Kalau satu kes hampir tiga kertas siasatan dibuka. Ada di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 hinggalah ke Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK), " ujar beliau.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia.

Sumber: Utusan Online

May be an image of 1 person and text that says 'NURAINA HANIS Hasil kajian ramal dadah makin kritikal menjelang 2029 Satu keluarga satu penagih penyalahgunaan dadah menje- dianggarkan bernilai Institut Nogor (KDN) Jenayah Narkotik (JSJN) dikhuatiri mempunyai seorang yang terjebak naan erkata, e semasa an_dipen purata 19,400 kilogram jumlah sebenar Utusan indiket-sindiket tem- Bersambungdimuka Satu keluarga satu penagih Menurut beliau, muka1 tersebut RAMPASAN DADAH 2021 nampak Rampasan 19,700 148,186 Rampasan Januari 2021 7,272 161,233 291,270 dadah 10,556 81,593 17,741 penawaran (liter) 3,343 54,860 75,523 14,832 RM2,742.5 juta RM454.9 juta RM306.9 juta kilogram dadah dirampas P Malaysıa Januari HUSAIN seluruh iaitu permintaan, taslebh punyai ang- memberitahu, dengan'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS