Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS PULAU PINANG BONGKAR PREMIS PROSES SYABU DAN HEROIN BERNILAI LEBIH RM3.5 JUTA

 
Bukit Mertajam, 22 Mei 2021 - Polis menahan seorang lelaki dan membongkar sindiket pengedaran Syabu serta Heroin bernilai RM3.5 juta dalam serbuan di rumah kedai di Taman Bukit Minyak, Bukit Tengah, di sini, semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato' Sahabudin Abdul Manan berkata, lelaki warga tempatan berusia 21 tahun itu ditahan di Jalan Bertam, Kepala Batas, kira-kira jam 6 petang, Rabu lalu.

Katanya, hasil siasatan suspek membawa polis ke rumah kedai berkenaan dan menemui pistol buatan Amerika Syarikat serta dua kelopak peluru.

"Turut ditemui sejumlah 97,140 gram (g) dadah dipercayai Syabu dan 190g Heroin, pelbagai cecair kimia bagi menghasilkan dadah serta peralatan dan mesin pembungkus dadah dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM3.5 juta.

"Siasatan juga mendapati, sindiket ini bergiat aktif menghasilkan dan mengedar dadah sejak Januari lalu untuk pasaran tempatan. Suspek yang tidak memiliki rekod jenayah lampau ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1980 bagi kesalahan memiliki senjata api," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS