Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#PKP #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: LAKSANA SEKATAN PERGERAKAN KENDIRI - PM

Kuala Lumpur, 24 Mei 2021 – Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin meminta rakyat melakukan sekatan pergerakan kendiri atau “self lockdown” untuk menyekat peningkatan mendadak COVID-19, yang menyaksikan bilangan jangkitan harian kini mencecah lebih 6,000 kes setiap hari.

Perdana Menteri juga menasihati rakyat supaya mengingatkan orang lain untuk berbuat perkara sama kerana apapun usaha kerajaan tidak akan berkesan jika rakyat tidak patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Ada yang asyik tanya kenapa tak buat total lockdown? Do your own lockdown, buat self-lockdown, stay at home and tell others to do the same thing kerana apapun usaha yang dibuat tidak akan berkesan jika rakyat tidak patuh kepada SOP ditetapkan.

"Sebaiknya kita bekerjasama, tak payah nak salah-menyalahkan, cari jalan, berdoa semoga kita diberikan perlindungan dan dengan usaha ini Insya-Allah, kita akan menang," katanya dalam program Bicara Khas Cabaran Pandemik COVID-19 yang disiarkan RTM dan BERNAMA TV malam tadi.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of 1 person and text that says 'Penularan COVID-19 Laksana sekatan pergerakan kendiri menang, dalam Sebaiknya kita bekerjasama, tak payah nak salah -menyalahkan, cari jalan, berdoa semoga kita diberikan perlindungan dan dengan usaha insya- Allah, kita akan menang PM minta rakyat ingatkan orang lain patuhi SOP sekat penularan jangkitan Muhyiddin Yassin, sektor ekonomi ketika diambil hari, Kuala Lumpur: meminta Muhyi mem- tidak PKP menyeluruh akanmenggugat bekerja engambil selidik PKP perniagaan dan 53% terjejas Kesan pada 1/3 Kesan pada perniagaan 68% Perniagaan tada 82% 9/10 42.5% payan Sabri 2/3 Perniagaan lebih Kesan PKP menyeluruh akan golongan tanggungjaw dengan pendekatan kita 6/10 informal BERNAMA anakmereka'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS