Tawau, 24 Mei 2021 - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menafikan dakwaan berlaku kejadian kumpulan Abu Sayyaf menangkap penduduk kampung dan memotong anggota badan di dalam hutan di Sabah seperti nota suara yang tular menerusi aplikasi WhatsApp.
Komander ESSCOM, DCP Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, nota suara meminta penduduk berhati-hati yang tular bersama sebuah video berdurasi 1.03 minit menunjukkan seorang lelaki diserang dengan parang dan ditetak serta kemudian ditembak bertalu-talu di kawasan semak itu bukan berlaku di Sabah sebaliknya di Filipina.
"Hentikan penyebaran berita palsu ini, jangan percaya audio (nota suara) yang disebarkan kerana ia palsu dan rakaman video itu sebenarnya berlaku di negara jiran," katanya.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1964644
Sumber: Eastern Sabah Security Command - Esscom dan BERNAMA