Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#PKP #COVID-19 [KERATAN AKHBAR PILIHAN] PKP 3.0: KOMPAUN ATAU DUDUK RUMAH

Petaling Jaya, 25 Mei 2021 - Duduk rumah atau dikompaun. Hanya dua pilihan buat individu yang suka `merayau’ tanpa kebenaran ketika pelaksanaan Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan prosedur operasi standard (SOP) diketatkan mulai hari ini hingga 7 Jun ini.

Antaranya Sekatan Jalan Raya (SJR) lebih ketat, pusat beli-belah dibenar beroperasi hingga jam 8 malam dengan setiap pelanggan hanya boleh berada dalam premis itu maksimum dua jam, 80 peratus penjawat awam manakala 40 peratus bagi pekerja swasta melibatkan kira-kira tujuh juta orang diarah bekerja dari rumah selain kanak-kanak bawah 12 tahun dinasihatkan tidak dibawa ke tempat tumpuan awam.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, CP Dato’ Zainal Abidin Kasim menegaskan, amaran pematuhan itu dibuat untuk memastikan rakyat di seluruh negara mema-tuhi semua SOP bagi mengekang wabak COVID-19 yang jangkitan hariannya melebihi 6,000 kes setiap hari.

Menurut beliau, bagi memastikan pematuhan ketat SOP tersebut, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan menambahkan jumlah sekatan jalan raya (SJR), pemantauan di pusat beli-belah dan kawasan-kawasan awam oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan bantuan agensi lain bagi memastikan orang ramai mengikut arahan SOP.

"Contoh mulai hari ini, kita akan periksa dengan ketat dan teliti kenderaan yang bergerak selepas pukul 8 malam.

"Individu yang suka 'merayau' hanya ada dua pilihan tunjukkan kebenaran atau dokumen sokongan boleh berada di luar rumah, jika gagal akan dikompaun" katanya di sini semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia.

Sumber: Utusan Online


May be an image of text that says 'Tindakan tegas bermula hari ini untuk pastikan rakyat patuh SOP Kompaun atau duduk rumah NURAINA HANIS ABD. hanis.halim@mediamulia.com.my PETALING JAYA: rumah dikompaun. dua lihan individu yang Per- operasi standard (SPO) ihingga ntaranya Sekatan Jalan beli-belah dibenar beroperasi pukul malam pelanggan hanya boleh awam pekerja a-kira melibatka swasta hun tidak dibawa laysia, Pengarah abatan Pen- Jenayah lanKeselama (JPJKK) ,amaa pematuhan seluruh negara tuhi emua SOP mengekang jangkitan hariannya melebihi 6,000 kes setiap hari. Bersambungdimuka'

May be an image of 1 person and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS