Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: ANGGOTA POLIS CEDERA KETIKA LERAIKAN PERTENGKARAN DUA BERADIK


Ampang, 27 Mei 2021 - Seorang anggota polis cedera ringan selepas cuba meleraikan pertengkaran antara dua beradik dalam kejadian di sebuah rumah di Pandan Mewah di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Tuan Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung insiden pertengkaran itu pada jam 12.30 tengah malam.

"Sepasukan anggota dari cawangan kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pergi ke lokasi untuk meleraikan pertengkaran dua beradik tersebut," katanya.

Tuan Mohamad Farouk berkata, ketika anggota MPV cuba menenangkan dua beradik itu, salah seorang lelaki telah menolak dan menendang dada seorang anggota polis.

"Kita telah menahan lelaki berusia 25 tahun itu kerana menghalang penjawat awam ketika menjalankan tugas," katanya.

Beliau menasihati orang awam supaya memberi kerjasama kepada anggota polis yang menjalankan tugas.

Sumber: Sinar Harian

May be an image of text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS