Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KOPERAL CEDERA TERTEMBAK LENGAN SENDIRI KETIKA KEJAR PENJENAYAH


Kuala Lumpur, 27 Mei 2021 - Seorang anggota polis berpangkat koperal cedera pada lengan kanan ketika mengejar penjenayah di Taman Len Seng, Cheras di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 10.45 malam itu, anggota berusia 30 tahun itu bersama sepasukan pegawai dan anggota sedang melakukan rondaan, sebelum terserempak sebuah kenderaan perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan di Cheras Sentral.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Tuan Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, sebaik pemeriksaan ingin dilakukan, kereta yang dipandu seorang lelaki bersama teman wanitanya itu bertindak melanggar kenderaan polis lalu melarikan diri.

Katanya, apabila tiba di Jalan Len Seng, berlaku kemalangan membabitkan kenderaan suspek dan polis menyebabkan anggota yang duduk di bahagian depan penumpang itu, tertembak lengan kanannya.

"Suspek kemudian melarikan diri sejauh 300 meter dan melompat dari tebing yang ketinggiannya kira-kira enam meter, sebelum ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan itu.

"Anggota polis kemudian menghubungi ambulans bagi mendapatkan rawatan, namun lelaki yang didapati mempunyai 25 rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kes itu, disahkan meninggal dunia." katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS