Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#PKP #COVID-19 [KERATAN AKHBAR PILIHAN] PKP 3.0: DEGIL SEHINGGA SANGGUP POTONG KAWAT DURI UNTUK BERSIAR-SIAR


Tanjung Malim, 27 Mei 2021 - Tiga lelaki termasuk dua warga Indonesia ditahan selepas merentas negeri dengan memotong kawat duri di laluan tikus jambatan sempadan Ulu Bernam-Tanjung Malim, Kampung Lambak di sini pada Selasa.

Ketiga-tiga lelaki tersebut berjaya dikesan sepasukan polis yang menjalankan tugas pemantauan Op COVID-19 di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Mukim Hulu Bernam Timur itu kira-kira jam 2.20 petang.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, ketiga-tiga suspek berusia 21 hingga 53 tahun itu mengaku memotong dawai yang mengikat kawat besi untuk melintas dari Changkat Asa, Ulu Bernam ke kawasan itu hanya untuk bersiar-siar.

"Semakan yang dijalankan mendapati seorang warga Indonesia telah tinggal lebih masa di negara ini, manakala rakan senegaranya tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.
"Seorang lelaki tempatan yang bersama mereka mempunyai rekod lampau dalam jenayah dan dadah," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS