Putrajaya, 20 Jun 2021 - Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainuddin berkesempatan untuk meninjau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh pengguna jalan raya di sekatan jalan raya (SJR) yang dilaksanakan di Persiaran Selatan, di sini, semalam.
Beliau yang diiringi Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Tuan A. Asmadi Haji Abdul Aziz turut memberikan kata-kata semangat buat petugas SJR supaya terus cekal dan bersabar menghadapi dugaan semasa penugasan.
Dato' Seri Hamzah juga mengambil peluang tersebut untuk memberikan sumbangan kepada pengguna jalan raya dan para petugas SJR.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz dan Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Khas), DCP Datuk Mastor Arif.
Sumber: IPD Putrajaya
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN