Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#OP_BENTENG KERATAN AKHBAR PILIHAN: TIGA TEKONG DARAT WARGA TEMPATAN BAWA PATI DITAHAN POLIS

Banting, 24 Jun 2021 - Tidak sempat mengambil 'penumpang' menggunakan tiga kenderaan apabila tiga tekong darat warga tempatan ditahan polis awal pagi semalam.

Tiga lelaki warga tempatan berusia 31 hingga 59 tahun dipercayai memperolehi pendapatan ribuan ringgit dengan menjemput dan membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) yang baru mendarat di pantai negara ini.

Kegiatan jenayah tiga suspek itu dibongkar selepas mereka ditahan anggota Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih menerusi dua tangkapan berbeza di sekitar Kelanang di sini.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, tangkapan pertama dilakukan sekitar jam 8.30 pagi selepas polis menahan tiga kenderaan dipandu tiga lelaki tempatan dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, hasil pemeriksaan di pesisir Pantai Kelanang menemui 27 PATI warga Indonesia termasuk 18 wanita berusia 26 dan 51 tahun.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of one or more people and text that says 'Tak sempat ambil 'penumpang' Tiga tekong darat warga tempatan bawa Pati ditahan polis Oleh Norzamira Che Noh am@hmetro.com.my Banting Pemerintah sempat Mo- dilakukan dilakukan pada jam 9.45 pagi mem- ndonesia iaitu kelapa sawit ditahan Ke- gagal individu mendarat yang jenayah melalui menggu- dwartakan kenderaan Semenyih Polis Malaysia tangkapan sini. ditahan bernilai sekitar Ke- yang dianggarkan RM109,60 tangkapan dan Polis Banting mengikut ( Imigresen berkata tangkapan kedua tanya. ditahan ketika cuba masuk dan keluar dari negara ini menerusi'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS