Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PGA TAHAN LELAKI SELUDUP 28 EKOR LEMBU KORBAN BERNILAI LEBIH RM200 RIBU

Pasir Mas, 25 Jun 2021 – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 menahan seorang lelaki dan merampas sebanyak 28 ekor lembu yang dipercayai diseludup di dalam muatan lori dipandunya di Jalan Perumahan Prima Lubok Jong, di sini semalam.

Lelaki berusia 21 tahun itu ditahan pada pukul 2 pagi selepas membawa lembu bernilai RM282,240 dipercayai untuk dijual di negara ini selain merupakan haiwan sembelihan menjelang Hari Raya Aidiladha nanti.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, sepasukan anggota telah melihat lori berkenaan yang dipandu dalam keadaan mencurigakan semasa melakukan rondaan rutin di kawasan itu.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, pemandu lori itu gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang lengkap berkaitan dengan urusan untuk membawa haiwan-haiwan berkenaan.

“Menurut Superintendan Azhari, suspek dan kesemua lembu-lembu itu dibawa ke kes Balai Polis Pasir Mas untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS