Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PDRM PERKUKUH STRATEGI CAPAI ‘TIER 1’

Kuala Lumpur, 29 Jun 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengukuhkan strategi dan usaha bersepadu bersama agensi penguatkuasaan berkaitan dalam usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan berkata, ketika ini Malaysia berada pada kedudukan ‘Tier 2 Watch List’ menerusi laporan tahunan ‘US Trafficking in Persons (USTIP)’ Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) untuk tempoh tahun 2019 dan 2020.

"Usaha kita adalah untuk meletakkan Malaysia di ‘Tier 1’ seperti yang dicapai Singapura, selepas sudah mencapai ‘Tier 2’ pada tahun-tahun sebelumnya.

"Kita akan memperkukuhkan usaha dengan empat agensi penguatkuasaan, iaitu Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Di raja Malaysia (JKDM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

"PDRM bersama empat agensi ini serta Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) akan memastikan usaha ini berkesan dan memberi laporan terbaik kepada JNAS," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja ke Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) dan Jenayah Berat (D9), di Bangunan KPJ, di sini semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

May be an image of 1 person and text that says 'Isu pemerdagangan manusia, seludup migran Perkukuh strategi capai Tier 1 letakkan Malaysia bersama agensi jenayah Singapura, nguatkuasaan terbabit orang negara PDRM tingkat kerjasama dengan empat agensi penguatkuasaan Azizah Mokhtar bersepadu serta ber- termasuk perkongsian maklumat berkata, usaha turut pa undang Mengulas tahunan Penyeludupar Bangunan pentingd agensi berkaitan dapat 2020. adalah untuk Feder- PDRM menetapkan operasi bersepadu dijalankan setiap tahun seperti dirancang dalam Perancangan Strategik PDRM Syarikat Abdul Hassan, Pengarah JS Bukit Aman eberapa Buruh ntarabangs United dan Drugs (UNODC).'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS