Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#PKP #COVID-19 [KERATAN AKHBAR PILIHAN] PKP 3.0: MASIH ADA PENUNGGANG MOTOSIKAL BERKONVOI DALAM WAKTU PKP DIKUATKUASAKAN

Kajang, 29 Jun 2021 - Tindakan 15 penunggang motosikal berkuasa tinggi yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dengan berkonvoi, memakan diri apabila dikompaun RM5,000 setiap seorang ketika melalui sekatan jalan raya di Jalan Semenyih-Kuala Klawang di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Tuan Mohd Zaid Hassan berkata, hasil pemeriksaan mendapati, kesemua penunggang motosikal terbabit melanggar SOP COVID-19 dan tindakan kompaun diambil berdasarkan Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Dalam kes berasingan di Iskandar Puteri, Johor pula, pihak polis telah menahan dan mengeluarkan kompaun kepada sekumpulan sembilan remaja yang turut menunggang motosikal secara berkonvoi dalam satu sekatan jalan raya di Lebuhraya Kota Iskandar, di sini, kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Tuan Dzulkhairi Mukhtar, tindakan penunggang-penunggang motosikal yang berkonvoi itu jelas melanggar SOP COVID-19 dan kesemua mereka dikenakan kompaun dengan keseluruhan berjumlah RM18,000.
May be an image of motorcycle and text

May be an image of outdoors
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS