Petaling Jaya, 27 Julai 2021 - Polis sedang menyiasat sebuah video berdurasi 1 minit 30 saat yang tular di media sosial memaparkan seorang wanita menunggang motosikal dalam keadaan tidak berseluar di sekitar kawasan Kota Damansara di sini pada Isnin.
Dalam kejadian tersebut, perakam video berkenaan mempersoalkan tindakan wanita itu yang keluar tanpa berseluar tetapi wanita berkenaan memberi alasan scluarnya diterbangkan angin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Tuan Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, beliau tidak menolak kemungkinan wanita tersebut mengalami masalah gangguan mental.
Bagaimanapun menurutnya, polis tidak menerima sebarang laporan dan usaha mengesannya sedang dijalankan.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.