Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#PKP #COVID-19 [KERATAN AKHBAR PILIHAN] PKP 3.0: POLIS LAKUKAN 1,335 SERBUAN, 5,986 TANGKAPAN LIBATKAN PUSAT HIBURAN SEJAK PKP 1.0

Kuala Lumpur, 27 Julai 2021 - Ketika negara sedang bergelut melawan COVID-19, masih ada pemilik pusat hiburan yang degil dan beroperasi ketika tempoh sekatan pergerakan penuh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Meskipun pusat hiburan masih menjadi antara perniagaan yang dilarang beroperasi hingga kini, ada pemilik pusat itu yang bertindak membuka premis secara sembunyi, bahkan dibimbangi mencetuskan kluster baharu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Abdul Jalil Hassan berkata, sejak 18 Mac 2020 hingga 24 Julai lalu, sebanyak 1,335 serbuan dilakukan pihaknya dengan 5,986 tangkapan.

Katanya, 845 serbuan dengan 4,324 tangkapan pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 yang bermula 18 Mac hingga 31 Disember 2020.

"Bagi PKP 2.0 bermula 1 Januari tahun ini hingga 31 Mac lalu pula sebanyak 442 serbuan dilakukan ke atas pusat hiburan yang mana 1,382 tangkapan dilakukan.

"Sementara bagi PKP 3.0 bermula 12 Mei lalu hingga Sabtu lalu, sebanyak 48 serbuan dilakukan dengan 280 tangkapan," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of text that says 'Kuala Lumpur pemilik percaya ada segelintir ngusaha hiburan Oleh Muhaamad mhafis@hmetro.com.my Geng 'kalis virus' sedang masuk curi-curi Sebanyak 1,335 serbuan, 5,986 tangkapan dilakukan di pusat hiburan sejak PKP 1.0 hingga 24 Julai lalu tangkapan pada hiburan Jenayah Aman, AbdulJ tindak membuka premis Mac tara anggarkan an- erbuan aharu Pengarah Jabatan Siasa- masuk 20 tangkapan. Katanya, serbuan bagi PKP Meila hingga salahan arahan Bermula Mei hingga Sabtu sebanyak dilakukan katanya dari- tangkapan de kompaun 13,753 kompaun kerana sekali (PP Menurutnya, PKP pihaknya melalui pusat hiburan, katanya.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS