Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: HELIKOPTER PDRM KESAN PENYELUDUP KETUM DI SEMPADAN NEGARA

#OP_BENTENG

Bukit Kayu Hitam, 28 Julai 2021 – Rondaan Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama Pasukan Gerakan Udara (PGU) menggunakan helikopter di sempadan darat Malaysia-Thailand di negeri ini dan Perlis berjaya mematahkan cubaan menyeludup daun ketum ke negara jiran dekat Padang Besar, Perlis pada semalam.

Tinjauan udara Op Benteng COVID- 19 menggunakan helikopter AW139 itu mengesan beberapa objek berwarna putih di tepi kawasan berbukit yang merupakan lorong tikus kegiatan penyeludupan di Felcra Lubuk Sireh kira-kira pukul 3.30 petang.

Rondaan tersebut diketuai Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA Bidor, Perak, Superintendan Azhar Hashim bersama juruterbang helikopter PGU Polis Diraja Malaysia Pangkalan Semenanjung, Superintendan Muhamad Jefri Jaafar.

Menurut Superintendan Azhar, pihaknya kemudian mengarahkan sepasukan anggota tindak cepat PGA untuk mengesan dan menggeledah kawasan tersebut.

“Hasil pemeriksaan menemui sebanyak lima guni putih mengandungi 150 kilogram daun ketum dianggarkan bernilai RM4,500 yang disyaki mahu diseludup ke Thailand.

“Lokasi penemuan daun ketum terletak berhampiran jalan keselamatan negara iaitu hanya kira-kira 15 meter dari tembok sempadan Malaysia-Thailand,” katanya.

Kata beliau, kesemua lima guni berisi daun ketum itu dipercayai dibawa penyeludup ke lokasi berkenaan menggunakan motosikal atau kenderaan pacuan empat roda menerusi lorong tikus sebelum dipercayai akan dicampakkan ke negara jiran tersebut melalui tembok sempadan.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.

May be an image of outdoors and text that says 'Penyangak campak 150kg daun ketum sebelum melarikan diri masuk hutan Helikopter kesan penyeludup ketum Oleh NORLIDA AKMAR IDROS Jefri Jaafar. melalui tembok sempadan. Azhar, pihaknya kumpulan epasukan BUKIT Pasukan Pasukan (PGU) mudian menggeledah berjaya mematahkan Thailand menemui sebaik Padang Besar rondaan diang- Batalior diseludup beliau, Thai- helikopter mengesan beberapa terletak wasan orong daun Covid Sempadan penyeludu- Persisiran kilometer petang. Pegawai sidang akhbar beliau, Superintendan sejak1 kesemua diper- erkenaan wanita warga Thailand 1tahn yang didapati Pangkalan jung, Superintendan Muhamad keselamatan potong. negara conto penyeludupan diberkas, ujarnya. AZHAR rondaan Padang Besar ketumy yang menggunakan helikopter dan'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS