Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: LUMPUH SINDIKET EDAR ROKOK SELUDUP HAMPIR RM1 JUTA


Kluang, 29 Julai 2021 - Anggota Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya melumpuhkan satu kegiatan sindiket penjualan dan pengedaran rokok seludup bernilai RM987,456 susulan penahanan seorang lelaki di sebuah premis di Jalan Murni, Paloh 9.30 malam, kelmarin.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, rokok seludup atau lari cukai pelbagai jenama berjumlah 5,580 karton itu, dijumpai dalam sebuah rumah kosong dan ia adalah rampasan terbesar di daerah itu sepanjang tahun ini.

Katanya, individu terbabit dipercayai sudah melakukan jenayah itu sejak tiga bulan lalu dengan menyeludup barangan berkenaan dipercayai dari Indonesia.

"Antara rokok seludup yang berjaya dirampas adalah 1,900 karton Halftime Virgina Merah 20 batang, 1,600 karton Lee merah 20 batang, 720 karton Luffman Classic 16 batang, 250 karton L.A Bold 20 batang, 720 karton Touro International 12 batang, 150 karton Canyon Blast 20 batang dan 240 karton Surya Gudang Garam 12 batang.

"Turut dirampas sebuah telefon bimbit jenama Oppo A93 milik suspek yang dianggarkan bernilai RM 1,000. Hasil siasatan awal mendapati suspek menjadikan premis itu sebagai stor penyimpanan sementara rokok seludup sebelum diedarkan untuk pasaran sekitar daerah Kluang.

Katanya, suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kluang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1), Akta Kastam 1967.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS