Kemaman, 29 Julai 2021 - Demi keselamatan keluarga, seorang pegawai polis sanggup tidak pulang ke rumahnya sejak hari pertama Aidiladha baru-baru ini selepas ditugaskan menjaga kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Mukim Bandi dekat sini.
Ketua Polis Balai Chukai, Inspektor Ramizan Ramli berkata, dia terpaksa menahan kerinduan terhadap isteri, Nour Aleesa Abdullah, 32, dan anaknya kerana bimbang keluarganya terdedah dengan jangkitan COVID-19.
Katanya, beliau hanya dapat melepaskan kerinduan terhadap isteri dan anaknya menerusi panggilan video.
"Isteri saya sedang hamil lima bulan anak kedua kami, lagipun saya mempunyai anak kecil berusia setahun enam bulan.
Saya ambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah buat sementara kerana bimbang dijangkiti COVID-19 dan keluarga pula akan terdedah," katanya di sekatan jalan raya (SJR) Bandar Cheneh Baru di sini, semalam.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Kosmo.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN