Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#OP_BENTENG KERATAN AKHBAR PILIHAN: PGA RAMPAS BARANG SELUDUP LEBIH RM1.22 JUTA

Pengkalan Chepa, 27 Ogos 2021 - Pelbagai barangan seludup bernilai lebih RM1.22 juta berjaya dirampas Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa dalam tempoh 10 hari di sempadan Malaysia-Thailand bermula dari Rantau Panjang sehingga ke Pengkalan Kubor (Tumpat).

Kejayaan tersebut menerusi penugasan Op Benteng COVID-19 yang bermula 16 Ogos hingga Khamis sejak mengambil alih kawalan dari Batalion 9 PGA Kuala Terengganu.
Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA, Superintendan Mat Shukor Yusof berkata, rampasan ‘vape’ berjumlah RM296,000 menjadi penyumbang terbesar kepada kejayaan tersebut sepanjang tempoh 10 hari operasi.

"Ia diikuti oleh karkas babi seberat 650 kilogram bernilai RM195,000.
"Bukan itu sahaja, Batalion 8 PGA turut mematahkan cubaan menyeludup masuk sembilan ekor anak anjing jenis Bulldog bernilai RM61,000," katanya ketika sidang akhbar di Markas Taktikal Lubok Stol, di sini pada Khamis.

Menurutnya, seekor kuda bernilai RM20,000 turut dirampas sepanjang operasi tersebut selain barangan-barangan lain.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS