Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] HARI PAHLAWAN 2021: NYARIS KEPALA BERSEPAI - KAMARUDIN

Lipis, 29 Ogos 2021 - "Nyaris kepala saya bersepai dengan peluru tembakan komunis. Syukur Allah S.W.T. masih memanjangkan hayat saya."

Demikian cerita bekas Home Guard, Kamarudin Li, 82, kepada Mingguan Malaysia tentang peristiwa diserang komunis di Kampung Sepial, Kuala Tembeling pada 1955 yang tidak pernah luput dari ingatannya.

"Ketika itu, usia saya hampir 18 tahun dan tidak langsung berasa gentar dan bersemangat apatah lagi ketua kami (Pawang Nong) memang sangat dikenali ramai kerana mempunyai kepandaian (ilmu) yang luar biasa," katanya.

Bercerita lanjut, Kamarudin berkata, operasi yang bermula pukul 9.30 malam itu pada mulanya agak tenang kemudiannya gempar apabila anggota Home Guard mula dihujani peluru pengganas komunis.

"Apa lagi kami pun berlindung dalam suasana gelap sambil kedengaran Pawang Nong berteriak 'Allahuakbar' dan meminta kami membalas serangan.

"Dalam keadaan kelam kabut, saya berasa beberapa kali hujung topi dan atas kepala seakan-akan berselisih dengan peluru senapang pengganas termasuk bunyi (peluru) ketika terkena pokok," katanya.

Menurutnya, kejadian peluru berselisih dan melintas atas kepala tetap gerun serta diingati sehingga kini dan alhamdulillah hayatnya masih dipelihara Allah S.W.T., jika sebaliknya kemungkinan kepalanya 'bersepai' dan hanya tinggal nama sahaja.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

May be an image of 1 person, standing, outdoors and text that says 'kepala Nyaris kepala bersepai Kamarudin berse- cerita Home Mingguan kampung serangan itu, pasukan Home cuma pemah senapang berjaya urung manakala rakan Home Pawang Hulu membuat rondaan tersebut eorang diarahkan Sul- Tembeling meraikan pen- berasa ham- jenis kelajuan AHMAD berkata. operasi yang bermula berteriak 'Allahuakbar' kuda Kampung dike- mempunyai Bercerita lanjut, comunis. Dalam kelam berasa beberapa Menurutnya, kejadian pelu- melintas tetap erun berlin- akan berselisih Pawang Nong pokok.' katanya. sebaliknya kemung dan RM200 yang 'Enjin kelajuar Kamarudin, kuda sehingga'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS