Tanggungjawab besar apabila menyarung uniform Sang Saka Biru perlu dijunjung setaraf dengan ikrar mahu berkhidmat demi negara, bangsa dan agama.
Prinsip yang dipegang oleh Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay ini jelas iaitu tidak ada gunanya menjadi polis sekiranya tidak amanah. Namun, di sebalik ketegasan itu, wujud segelintir pihak yang kurang senang dengan pendirian beliau.
Ikuti wawancara eksklusif wartawan Sinar Ahad, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki dan Ahmad Ismadi Ismail serta jurugambar Halim Wahid bersama Dato’ Ayob Khan di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam baru-baru ini menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian di lampiran.