Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] CRIME ALERT: MELANCONG UNTUK MEROMPAK

Kuala Lumpur, 10 September 2021 - Masuk Malaysia guna pas pelancong, sewa hotel bajet untuk beberapa bulan sebelum rancang jenayah samun, rompak dan pecah rumah.

Itu modus operandi yang dilakukan kumpulan penjenayah dari negara Amerika Latin bagi memastikan kegiatan mereka tidak dihidu pihak berkuasa Malaysia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abdul Jalil Hassan ketika mendedahkan perkara itu berkata, kumpulan tersebut akan menyewa hotel bajet dalam tempoh yang agak lama.

“Kebanyakan penjenayah itu memasuki negara ini mengikut saluran undang-undang yang betul dan pintu masuk yang diiktiraf oleh kerajaan.

“Mereka masuk ke negara ini menggunakan pas pelancong. Sebelum masuk, mereka terlebih dahulu sudah membuat ikrar berkenaan tujuan mereka ke sini.

“Jadi, kita ada rekod dan tahu apa mereka buat di sini sama ada bekerja, menjalankan perniagaan atau belajar. Ia memudahkan kita untuk kesan kedudukan dan juga kegiatan yang mereka lakukan.

"Ketika melakukan kerja-kerja jenayah, mereka akan melakukannya secara berkumpulan dan turut menggunakan senjata tajam seperti parang dan pisau bagi mendatangkan ketakutan kepada mangsa," katanya.

“Apa yang boleh saya katakan, kes melibatkan golongan terbabit tidak banyak. Begitu, kita sentiasa pantau bagi mengelak sebarang kejadian," tegasnya.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Kosmo.

May be an image of one or more people, people standing and text that says 'terminal Terminal Penyamun Amerika Latin Melancong kembali mengganas, jadikan hotel bajet transit jenayah untuk merompak POLIS Diraja Malaysia (PDRM) kumpulan dari memasuki negaraini menggunakan pas KUMPULAN AmerikaLatinakan memasukregar.n ehelummenalankn merompak, dan pecah umah. Lebih embimbangkan, kumpulan dalam menyembunyikan rancangan mereka dan amenjadikan hotel-hotel bajet sebagai untuk GAMBARHIASA 'Mereka turut jenayah secara mangsa,' dedah Jabatan Jenayah (JSJ) Seri Abdul Jalil Hassan kepada Kosmo!. LAPORAN PENUH DI MUKA'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS