Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: RUGI RM8.92 JUTA ANGKARA 'KAWAN LAMA'

Petaling Jaya, 10 September 2021 - Menerima mesej atau WhatsApp 'kawan lama' yang terdesak ingin meminjam wang untuk seketika sudah tentu membuatkan seseorang itu tidak fikir panjang dan terus menunaikan permintaan itu.

Memberitahu Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Mohd Kamarudin Md Din berkata, penipuan menerusi WhatsApp atau mesej sedang 'popular' dengan semakin ramai mangsa tampil buat laporan polis.

Menurut beliau, modus operandi sindiket bermula dengan kumpulan itu merekrut ahli penipunya melalui laman sosial terutama Facebook dengan gaji bulanan sekitar RM3,000.

"Ahli sindiket yang bersedia memulakan tugas dibekalkan 50 sehingga 100 nombor telefon sehari untuk dihubungi.

"Lebih memudahkan ahli sindiket turut disediakan beberapa skrip yang perlu diluahkan dengan mangsa yang dihubungi," kata beliau.

Kata Dato' Mohd Kamarudin, biasanya ahli sindiket akan memaklumkan kepada mangsa bahawa dia adalah kawan lama atau individu yang dikenali mangsa seperti saudara mara, jiran dan sebagainya.

"Sekiranya mangsa percaya, sindiket akan memberikan nombor akaun kepada mangsa untuk memasukkan wang dan berjanji akan membayar semula dalam tempoh sehari atau dua hari kemudian.

"Sindiket akan menutup nombor telefon berkenaan sebaik mendapat wang manakala bank yang digunakan adalah mule account, seterusnya menyukarkan mereka dikesan atau ditangkap," ujarnya.

Untuk khidmat nasihat berkenaan kes-kes jenayah komersial, orang ramai boleh berhubung dengan CCID Response Center di talian 0326101559 dan 03-26101599.

Orang ramai juga digalakkan menggunakan kemudahan semak mule yang boleh dicapai melalui https://semakmule.rmp.gov.my/ untuk membuat semakan terhadap mana-mana akaun bank atau nombor telefon yang mencurigakan.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS