Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: LAPAN KALI CUBA NASIB, PEMUDA ORANG ASLI TIDAK PUTUS ASA JADI ANGGOTA POLIS

Kuantan, 12 September 2021 - Minat yang terlalu mendalam untuk menjadi anggota polis menyebabkan saya tidak pernah berputus asa walaupun kali ini adalah kali kelapan mengikuti temu duga jawatan berkenaan.

"Sejak kecil, cita-cita saya hanya mahu menjadi anggota polis. Selagi ada peluang saya akan terus berusaha mencuba tanpa rasa jemu dan kecewa." Itu kata-kata bersemangat lelaki Orang Asli, Deanial Bah Angan, 27. Dia antara 236 pemuda Orang Asli di negeri itu mengikuti pemilihan jawatan konstabel Polis Diraja Malaysia (PDRM) Orang Asli dan Senoi Praaq selama tiga hari bermula kelmarin di Kompleks PDRM Alor Akar di sini.

Katanya, faktor tidak cukup ketinggian yang menjadi syarat utama ditetapkan PDRM menyebabkan enam kali dia gagal pada sesi temu duga di Perak, ketinggian 163 sentimeter diperlukan sedangkan dia hanya tinggi 160 sentimeter.

"Oleh itu, bagi mencapai ketinggian ditetapkan, selama enam tahun saya berusaha dan mencuba dengan melakukan pelbagai jenis senaman untuk menambah ketinggian termasuk bergayut, berlari dan melompat setiap hari.

"Ternyata, usaha yang tidak mengenal putus asa didorong dengan keinginan terlalu menebal menjadi anggota polis, akhirnya saya mencapai ketinggian ditetapkan 163 sentimeter dua tahun lalu selepas berusaha tanpa rasa jemu,” katanya yang kini menetap di Kampung Paya Pelong, Temerloh, Pahang.

Kami doakan semoga cita-cita anda untuk berbakti di dalam PDRM tercapai dan menjadi sebahagian daripada warga Pasukan yang berdaya saing serta berintegriti.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 3 people, people sitting, people standing and text that says 'LAPAN KALI CUBA NASIB Pemuda Orang Asli tak putus asa jadi anggota polis, malah berusaha tambah ketinggian Oleh Mohd am@metro.com.my SEBAHAGIAN daripada 22pemuda Orang Selepas ujian fizikal yang yak menyertai ujian berkomputer anabila sesi bantu Deanial Bah'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS