Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

VIDEO PILIHAN: POLIS TAHAN LELAKI WARGA EMAS MEMANDU LAWAN ARUS

Shah Alam, 18 September 2021 - Polis menahan seorang lelaki berusia 74 tahun selepas disyaki memandu dari arah Plaza Tol Alam Impian menuju ke Jalan Batu 4, di sini, dalam keadaan melawan arus.

Menurut Timbalan Ketua Polis Shah Alam, Superintendan Tuan Ramsay Anak Embol, kejadian berlaku sekitar jam 1.00 petang, semalam.

Kenderaan yang dipandu suspek telah tersalah masuk laluan bertentangan di bulatan pertama selepas Plaza Tol Alam Impian dan keluar di bulatan kedua di Persiaran Tun Teja.
Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu secara melulu atau berbahaya.

Sumber: Berita Awani

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/382973686866168/


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS