Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs [KERATAN AKHBAR PILIHAN] VIDEO TULAR: PEMANDU NEKAD LOMPAT DARI KERETA, TINGGAL RAKAN BERSAMA DADAH SELEPAS DIKEJAR POLIS

Sabak Bernam, 19 September 2021 - Seorang penjenayah menjadi mangsa rakan jenayah sendiri apabila ditinggalkan lelaki terbabit yang melompat keluar dari kenderaan dipandu menyebabkan ia terbabas ke parit pada kejadian di Jalan Haji Miskan, Sekinchan, Selangor di sini, petang kelmarin.

Terdahulu, suspek memandu secara melawan arus sejauh dua kilometer bagi mengelak ditahan anggota polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, DSP Lim Chee Khoon berkata, kenderaan dinaiki kedua-dua suspek cuba meloloskan diri selepas menyedari polis melakukan pemeriksaan di Kilometer 72, Jalan Klang-Teluk Intan pada jam 6.30 petang.

Menurut DSP Chee Khoon, pemandu terbabit dapat melarikan diri manakala penumpang dapat ditahan.

DSP Chee Khoon berkata, pemeriksaan ke atas suspek berusia 27 tahun menemui 19 peket syabu seberat 15.5 gram dalam beg sandang dibawanya.

Suspek diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Sabak Bernam untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'Oleh Amirul Aiman NEKAD MELOMPAT! Drebar cabut tinggal rakan bersama dadah selepas dikejar polis Khoon berkata, am@hmetro.com.my kenderaan Sekinchan rak menyebabkan kendera- terbabas parit katanya, penjenayah saringan kencing men- babkan kejadian Miskan petang Terdahulu, mandu lan- Klang sandang TANGKAP layar tular laman sosial memaparkan enderaan suspek Kilometer Intan, kelmarin. mengelak mengesannya Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Kenderaan suspek dipandu secara sambil berge- dadah. Ujian laman dikejar MPV polis.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS