Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#PPN #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: JANGAN TERLIBAT JUAL SIJIL VAKSIN

Shah Alam, 21 September 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kegiatan penjualan sijil vaksinasi untuk tampil dan salurkan kepada pihaknya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, ini bagi membolehkan siasatan dijalankan untuk tindakan susulan.

"PDRM menasihatkan orang ramai tidak terbabit kegiatan memalsukan dan menjual sijil digital vaksin.

"Orang ramai diminta melaporkan kepada polis jika mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan itu," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Dalam pada itu, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata, pihaknya menerima satu laporan berkenaan tular di media sosial berlakunya penjualan sijil digital vaksinasi.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Sinar Harian.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS