Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

ARTIKEL PILIHAN: PDRM TERUS PANTAU KAWASAN ESSZONE

Lahad Datu, 27 September 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) terus bersiap siaga menjaga keselamatan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) walaupun kawasan itu kini berada dalam keadaan tenang dan terkawal.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim berkata, operasi masih dijalankan secara berterusan dari semasa ke semasa termasuk menumpukan kegiatan penculikan, kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan ancaman pengganas di kawasan perairan ini.

"Operasi sulit yang sedang diadakan juga berjalan lancar dan mendapat kerjasama penuh daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan elemen lain dalam usaha menjaga keselamatan ESSZONE.

"Malah kerjasama negara jiran juga sangat baik untuk memastikan keberkesanan operasi dilancarkan," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Pejabat ESSCOM, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Hazani Ghazali dan Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato' Idris Abdullah.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../pdrm-terus-pantau-kawasan...

Sumber: Berita Harian

PDRM terus pantau kawasan ESSZONE | Berita Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS