Rantau Panjang, 30 September 2021 - Batalion 7, Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan merampas pelbagai barangan seludup termasuk kenderaan digunakan untuk kegiatan itu bernilai RM3.04 juta sepanjang tempoh dua minggu Op Benteng COVID-19 digerakkan di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.
Pegawai Pemerintah Batalion 7, PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, sejak mengambil alih tugas Op Benteng COVID-19 pada 16 September lalu, pihaknya menahan 48 individu terlibat penyeludupan.
"Kesemua individu ditahan ini merupakan warga tempatan dan Thailand selepas terlibat aktiviti penyeludupan,” katanya kepada pemberita di Markas Taktikal PGA Lubok Setol, di sini, semalam.
Menurutnya, seramai lapan orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan sepanjang tempoh operasi itu.
Jelas beliau, sepanjang tempoh itu juga, kes berkait Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadi penyumbang tertinggi kepada nilai rampasan iaitu berjumlah RM1.027 juta.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Sinar Harian.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN