Langkawi, 2 Oktober 2021 - Polis turut menggunakan dron bagi memantau kawasan perairan pulau ini selain beberapa pantai dikenal pasti untuk mengekang pendaratan warga asing yang mahu menyeludup masuk ke negara ini.
Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat berkata, Op Benteng di lokasi berkenaan akan diperkukuhkan malah pihaknya sudah mengenal pasti lokasi pendaratan termasuk di kawasan Bukit Malut selain Pantai Teluk Nibong dan Pantai Pasir Tengkorak di sini.
"Pantai di kawasan berkenaan ditutup pada waktu malam kepada pengunjung kerana sunyi dan gelap. la memberi peluang kepada warga asing untuk menyeludup masuk.
"Kami menempatkan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Pasukan Gerakan Am selain Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bagi melakukan pemantauan lebih kerap di kawasan terbabit" katanva.
Beliau berkata demikian ketika melakukan tinjauan di Pantai Teluk Nibong dan Pantai Pasir Tengkorak bersama JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi kelmarin.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.