Shah Alam, 2 Oktober 2021 - Taktik satu sindiket dadah menggunakan kenderaan sewa untuk mengedar bahan terlarang itu sejak enam bulan lalu tumpas dengan penahanan lapan individu termasuk dua pasangan suami isteri di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.
Mereka yang ditahan terdiri daripada enam lelaki dan dua wanita masing-masing warga Vietnam serta Thailand berusia 31 hingga 53 tahun.
Selain tangkapan, dalam operasi pada pukul 6.30 petang, 25 September lalu itu, polis merampas sebanyak 63.1 kilogram (kg) Methamphetamine dianggarkan bernilai RM2.5 juta.
Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato’ Sharul Laili Masduki berkata, pihaknya merampas 62 bungkusan dadah di dalam sebuah kereta jenis Hyundai Ionic di kawasan tempat letak kereta di sebuah pasar raya di Seri Kembangan dekat sini.
"Bertindak atas maklumat, polis kemudiannya memberkas lapan suspek tersebut secara berasingan di sebuah kondominium di Brickfields dan Dang Wangi, Kuala Lumpur.
"Kita turut merampas wang tunai berjumlah RM126,000 dan lima kenderaan untuk tindakan selanjutnya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, semalam.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Kosmo