Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: TERBANG DRON TANPA PERMIT DENDA RM50,000, PENJARA – KOMANDER PGU

Petaling Jaya, 13 Oktober 2021 – Keghairahan menerbangkan dron atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) tanpa mendapatkan kebenaran pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dibimbangi mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Malah, tindakan tidak bertanggungjawab itu juga dikhuatiri boleh menyebabkan pencerobohan hak peribadi seseorang apabila dron itu dengan mudah boleh disalah guna untuk tujuan mengintip dan merakam imej seperti video dan gambar di kawasan dianggap persendirian.

Mengakui perkara itu, Komander Pasukan Gerakan Udara (PGU), Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Hishamudin Tahar memberitahu Utusan Malaysia, penggunaan dron secara berleluasa dan tidak mengikut peraturan juga boleh menyebabkan berlakunya kemalangan bencana dan pencerobohan di kawasan persendirian dan tempat larangan.

Bagaimanapun, kata beliau, penguatkuasaan undang-undang dan peraturan mengenai pengoperasian UAV adalah di bawah bidang kuasa CAAM.

"Penguatkuasaan undang-undang berkaitan dron adalah bertujuan untuk mengawal penerbangan dron agar dron itu selamat dan tidak disalah guna sehingga mendatangkan ancaman dan ketenteraman awam serta melanggar undang-undang semasa,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS