Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[VIDEO PILIHAN] HARI PAHLAWAN: PENGALAMAN PAHIT MANIS KONSTABEL ZAINAL SEBAGAI ANGGOTA PPH

Pengorbanan mereka untuk memastikan negara tercinta terus kekal aman dan makmur bukan satu perkara mudah. Susah payah mereka yang sanggup berkorban masa, tenaga dan nyawa demi anak bangsa perlu diingati oleh setiap rakyat Malaysia.

Kemakmuran negara yang dikecapi kini bertitik tolak daripada perjuangan dan pengorbanan yang disumbangkan oleh pejuang tanah air terdahulu, merekalah wira negara.

Program Jejak Wira berpeluang bersua muka dan bertanya khabar bekas anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) Sarawak, Konstabel Zainal Abas, 69, di kediamannya di Rantau Panjang, Klang, Selangor.

Konstabel Zainal mula berkhidmat dalam PPH pada tahun 1972 dan menamatkan perkhidmatan pada 1982. Sepanjang 10 tahun berkhidmat, terdapat pelbagai kenangan pahit manis yang dirasainya ketika itu.

Ikuti pengalaman Konstabel Zainal semasa berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia melalui perkongsian video daripada Sinar Harian ini.

Pautan Video:
https://www.facebook.com/watch/?v=1451455705236438
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS