Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 14 PEMANDU MABUK DITAHAN

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Tuan Sarifudin Mohd Salleh berkata, kesemua individu berusia antara 20 hingga 50 tahun ditahan mengikut Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
 
"Kesemua tangkapan telah dibawa ke Balai Polis Trafik, Kuala Lumpur dan akan dituduh di bawah seksyen yang sama," katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, Tuan Sarifudin berkata, sebanyak 280 jumlah saman telah dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan dan 15 buah motosikal telah disita di bawah Seksyen 64 APJ 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan (ekzos).

"Kita akan terus mempertingkatkan operasi pada hujung minggu bagi membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya." katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of one or more people, people standing and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS