Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PROSES ARAK BAWAH TANAH

Pontian, 26 Oktober 2021 - Satu sindiket dikesan menjadikan sebuah pondok tidak bernombor di Kampung Sungai Burung, Pekan Nanas di sini sebagai tempat memproses arak tiruan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Suspek bertindak licik apabila menggali lubang di bawah pondok tersebut untuk dijadikan tempat memproses Samsu dan dijadikan gerai menjual arak tiruan sejak setahun lalu.

Kegiatan itu bagaimanapun terbongkar selepas tiga lelaki warga Vietnam dan seorang lelaki warga Myanmar berusia 19 hingga 44 tahun ditahan dalam operasi oleh Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA) kelmarin.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang, berkata, dalam serbuan itu, pihaknya merampas peralatan memproses arak tiruan seperti 210 botol plastik, 1.5 liter cecair disyaki Samsu, 20 liter arak, set dapur, periuk aluminium dan tong gas.

"Suspek-suspek tersebut dipercayai aktif membekalkan mercun dan rokok tidak bercukai ke kedai-kedai runcit di sekitar Simpang Renggam sejak lima bulan lalu," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS